Sunday, October 17, 2010

LAWATAN KELAB KOMPANG

15hb - 17hb oktober. Kelab Kompang KKTM Balik Pulau telah mengadakan lawatan rasmi ke johor. Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli kelab kompang KKTM Balik Pulau berkenaan dengan dari awal pembabitan, pembuatan , penjagaan serta pemulihan kompang serta jidor.

Pada amnya ahli-ahli Kelab kompang KKTM Balik Pulau adalah pemain kompang yang boleh dianggap profesional dari segi permainan, namun disebalik penjagaan serta pemuliharaan ahli-ahli belum lagi didedahkan secara rasmi. Setalah diberikan ilmu pengetahuan mengenai pendedahan dengan harapan ahli-ahli kelab kompang dapat memperaktikkan di sini.

Di sini saya selaku penyelaras kelab kompang KKTM B.Pulau ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Rosdin Bin Baki kerana sudi menerima kunjungan kami ke tempat beliau. Ucapan terima kasih kepada semua staff dan kakitangan KKTM Ledang yang memberikan layanan yang baik kepada kami semasa penginapan di sana. Juga tidak dilupakan kepada pihak KKTM Balik Pulau kerana memberikan pelepasan kepada kami dalam segala urusan bagi menjayakan program ini. Tahniah kepada semua pembantu penyelaras dalam kerjasama yang diberikan dan juga ahli-ahli kelab kompang dalam mendisiplinkan diri semasa lawatan bagi menjayakan progaram ini mengikut jadual yang ditetapkan.

disini saya lampirkan semua gambar-gambar aktiviti kami semasa latawatan kami ke selatan tanah air. diharapkan dengan rezeki yang dilimpahkan syukur tidak terhingga sehingga dengan keberkatan semoga kelab kompang KKTM B.Pulau meneruskan lagi aktiviti seumpama ini. terima kasih

PERJALANAN

JEMPUTAN MAKAN DI RUMAH TIMBALAN PENGARAH KKTM SRI GADING

SANTAI DI MELAKARAYA
























































Monday, February 22, 2010

persembahan bulan febuari...

sebelum ini sy ada update kepada semua berkenaan jemputan yang diterima. dan kini semuanya selesai dan lancar dengan selamat. apa yang dibanggakan bagi pihak kelab kompang kktm adalah berpeluang untuk menunjukkan kebolehan dan kemahiran bermain kompang kepada umum amnya pengantin dan juga tetamu kehormat iaitu TYT gabenor negeri p.pinang. tahniah kepada pasangan pengantin dan juga syabas kepada semua ahli yang terlibat juga kepada mahaguru yang bertungkus lumus. disini saya adakan update gambar-gambar disekitar majlis tersebut untuk tontonan umum. sekian terima kasih.

LATIHAN TERAKHIR SEBELUM PERSEMBAHAN



SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN



'LAST BRIEFING' DARI MAHAGURU





'STANDBY'



PASANGAN PENGANTIN



PEMBUKA PANGGUNG



PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU 'AUDIENS'